Tuesday, 30 April 2013

tolonglaa weh.

Ya Allah sakitnya hati aku... da macam nk meletup kepala ni.



hari ni ade field trip.
pukul 6 a.m da naik bas gerak dari UKM ke kuantan.
sampai sini balik pukul 9 p.m.
dah la sepanjang perjalanan cik senggugut datang menyerang.
rase nak pitam je.
2x termuntah atas bas.
overall lawatan best juga.
tapi yg x best time2 tu jugak nak period pain.
otw balik duk menghitung jam.
dalam hati "lambat lagi ke nak sampai nii".
pak cik bas pulak suka bebenor benti.
tiap kali ada hentian rehat nak benti.
nak sampai UKM 10 minit lagi je pun nk benti buang yang mana patut. katanya.
aku ni dah macam ikan pekasam tak selesa gila dah time tu.
balik2 je terus mandi, buka fb cek order customer, terus tido. dalam kul 10 lebey cmtu kot tido.

ni haa part meletup.......

TERSEDAR sebab manusia yang tak reti nak hormat org time tido!!!!
bercerita sakan sampai x sedar aku ni ada jugak dalam bilik.
rasanya ini bukan kali pertama berlaku.
aku tido td x tutup lampu pun da kira bagus.
ewah2. kau nak satu dunia dengar cerita kau tu ke.
maaf, mungkin aku perlukan rehat secukupnya saat ini,
ternyata panadol tak mampu melawan tune suara nya itu.
aku tersedar dengan kepala berserabut.
15 minit bergolek da tak bole nak lelap balik.
bagus punya budak.
mood aku pun macam ape da.
kelas pukul 8am esok pagi.
buka netbook.
tulis segala rasa aku saat ini.
dia tutup lampu.
geng tingkap sudah balik.
dia tidur.
aku yang meroyan sorang diri sebab tak leh nak tido.
sekarang tepat jam satu pagi.

p/s: sabar.. harap dapat habiskan sebulan lagi tanpa pertelingkahan antara aku dan dia.


yang benar,
- aku yang sedang stress -

8 comments:

ZAELIS said...

dear...
sabar eyh..penah gak rasa gini masa study dulu
hadoilaaa....
nak marah kang takut sentap!

||aLeaSaRa|| said...

wah teruknya peel dia tu...knpa x hormat org lain yg dh tentu nk rehat,kan?sbr ye buat x tau je alah sebulan je lagi,remeh-temeh ni tolak tepi je dulu...jgn mrh2 nnt x comel he3..


Len Inouie said...

rindu fieldwork..
bangun pagi.. terkejar2..
dari Keris Mas sprint pi FST.
hahah

plain83 said...

owh zaman uni dlu...
paling best gila adalah field trip kena tidur atas bas 2 malam, perjalanan non stop tanpa tempat tidur yg proper, bas benti kat rnr tepi jalan je utk mandi, makan n solat...best gila baq hang kui kui kui :p

fatin aziz said...

sabar je la..saya pun dah rasakan dulu..kita nak tido sbb klas start awal tpi dia boleh plak ajak geng2 dia bergosip dlm bilik yg kita ni nak tido..

Unknown said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog HV. Banyak koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. jangan lupa follow jg ye.. :)

Terima kasih
~ Hijab valley ~
http://hijab-valley.blogspot.com

Unknown said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog HV. Banyak koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. jangan lupa follow jg ye.. :)

Terima kasih
~ Hijab valley ~
http://hijab-valley.blogspot.com

Si Matatajam said...

Sabaq ja la dik..hu hu